THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, June 7, 2011

saham saham ke neraka

Saham-saham ke neraka

Berikut disenaraikan beberapa perkara yang boleh menghumbankan sesiapa yang mempunyai satu atau lebih ciri-ciri berikut ke neraka jahanam:

-Syirik kepada Allah iaitu menyekutukan Allah dengan sesuatu samada dalam rububiyyah,uluhiyyah mahupun nama-nama dan sifat-sifatNya.Allah berfirman maksudnya ,'Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain,maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga,dan tempat kembalinya ialah neraka."(Surah al-Ma'idah 5:72)

-Kufur kapada Allah,para malaikat,kitab,rasul,hari kiamat.qada dan qadar Allah.

-Mengingkari salah satu daripada rukun Islam yang lima.

-Mengolok-olokkan Allah,agama-Nya atau rasul-Nya,benarlah firman Allah yang bermaksud,"Dan jika engkau bertanya kepada mereka(tentang ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab:'Sesunguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main'.katakanlah:'Patutkah nama Allah dan ayat-ayat-Nya serta Rasul-Nya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?"(Surah al-Tawbah 9:65-66)

-Mencaci Allah,agama islam,atau rasul-Nya iaitu mencela,mengaibkan atau merendahkan.

-Berhukum dengan selain daripada hukum Allah dengan keyakinan bahawa hukum yang dibuat itu lebih besar atau sama dengan hukum Allah.Allah berfirman yang bermaksud," Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah(kerana mengingkarinya).maka mereka itulah orang kafir."(surah al-Ma'idah 5:44)

-Munafik iaitu apabila sesorang menyembunyikan kekafirannya dalam hati tetapi secara lahiriah seorang Muslim.Ini jelas dalam firman Allah s.w.t,maksudnya,"sesungguhnya orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam )neraka."(Surah al-Nisa'4;145)


Petikan; Syeikh Muhammad bin Shalih ai-Uthaimin,Majelis Bulan Ramadhan,terbitan Pustaka Imam asy-Syafi'i,Jakarta,him355-362.Salinan dari-Solusi.ms 98.

0 comments: